Thursday, October 22, 2009

To all MICET Brotherhood

Apakah yang kita miliki pada hari ini adalah dari hasil usaha dan titik peluh kita?Pernahkah kita terfikir apa yang telah disumbangkan oleh kita terhadap diri kita sendiri apalagi terhadap orang lain.

Ucapan Tun Doktor Mahathir pada ucapan penutup Majlis Konvokesyen Universiti Petronas pada ogos tahun lalu menekankan tentang betapa pelajar perlu ingat akan alma mater mereka dan berusaha untuk memberi nama baik kepadanya. Beliau juga ada menyebutkan tentang sikap yang diperlihat oleh bekas pelajar di universiti-universiti negara maju yang apabila mereka berjaya akan membantu alma mater mereka dengan derma yang amat besar.

Budaya ini tidak terdapat di Malaysia. Bahkan kadang-kadang kita tidak sedikit pun berasa terhutang budi kepada institusi yang telah bekalkan kita dengan ilmu yang menyumbang kepada kejayaan kita.Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.

Justeru itu amatlah penting kita pupuk segala amalan yang membuktikan kita bertanggung jawab, kita bersyukur dan kita sedia membalas budi kerana dengan sifat-sifat ini yang kurang bernasib baik akan dapat menumpang mereka yang bernasib baik.

Bersatu kita akan teguh, bercerai kita akan roboh. Ayuh Brotherhood sekalian, mulai pada hari ini kita harus menyemai budaya berterima kasih, malah berusaha sebaik mungkin agar kita kita dapat memberi bukan sekadar menerima dan menikmati. Apa yang dapat kita lakukan supaya apa yang kita lakukan pada hari ini membawa sesuatu kebaikkan buat generasi-generasi mendatang di UniKL-MICET.

Sedar lah bahawa maju-mundur,kaya-miskin,hina-mulianya sesuatu bangsa itu terletak ditangan kita generasi-generasi muda melayu. Lakukanlah sesuatu untuk generasi-generasi ragbi yang akan datang, untuk bakal-bakal Brotherhood Junior.

1 comment: