Ragbi terlalu sinonim buat diriku. Pada awal aku menjejakkan kaki di bumi UniKL-MICET, aku bersama dua rakan (Mohd Zurul Hazril dan Mohd Asyraf Othman) adalah barisan awal yang telah menghidupkan arena sukan ragbi di UniKL-MICET. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan dan kata-kata sinis dari para senior, tetapi terbukti pada hari ini semangat setiakawan telah membawa sukan ragbi micet ke tempat tang lebih tinggi. Setelah lebih empat tahun, hari ini kami mampu tersenyum bangga kerana mampu melangkah dengan usaha sendiri.
Berbekalkan semangat anak ledang, dalam diam aku cuba menerapkan produk "kasih sayang" yang sering dipesan ketika aku bersama gpms cawangan khas uitm s.Alam. Ini terbukti apabila salah seorang pemain pasukan (mohd asyraf ikhwan a.k.a black) yang telah terlibat dengan kemalangan jalanraya di kuantan, para pemain,ahli kelab dan penyokong telah berkonvoi ke kuantan dan telah menyumbangkan derma kilat dengan jumlah yang agak besar, selain memberi sokongan untuk saudara black meneruskan kehidupan walaupun telah mengalami hilang keupayaan penglihatan kekal. Bagi aku saudara black adalah bintang dan pembakar semangat pasukan ragbi UniKL-MICET.
Semangat dan usaha saudara Zurul Hazril wajar mendapat pujian. Saudara Zurul memainkan peranan penting dalam menaikan imej pasukan melalui usaha menyediakan setiap kelengkapan utama seperti first aid, cool box selain menguruskan tempahan jersi bagi setiap ahli kelab. Kerana kasih dan sayang,saudara Zurul turut membelanjakan wang dari poket sendiri demi melihat pasukan ragbi UniKL-MICET setanding dengan pasukan lain.
Atas semangat setiakawan, Kelab dan pasukan ragbi UniKL-MICET telah sebulat suara untuk menganjurkan "Micet 7s Brotherhood CUP" pada 25 oktober ini. Dan kejohanan ini akan diperluaskan dengan menjemput pasukan-pasukan dari luar pada tahun hadapan.
Dan pada hari ini dengan jumlah pemain melebihi 40 orang, kami mampu berbangga dengan usaha dan penat lelah yang membuahkan hasil.
Aku mengharapkan "Micet Brotherhood" lebih dari sekadar ragbi, aku mengharapkan ianya menjadi tradisi serta membentuk jalinan yang lebih luas dikalangan kami. Membantu orang lain yang memerlukan, berusaha untuk menjadi lebih baik agar mampu menabur bakti. Kerana kami disatukan atas darah yang sama iaitu MELAYU.

xkn turun hujan yang lebat tanpa setitik air hujan pertama dari langit..thanks bro atas usaha dan semangat korunk..
ReplyDeleteda kenape name aku ko highlight... xyah cite pnjng lebar.. simpan dlm ati sudah le...
ReplyDelete