Petang itu panasnya terik, seorang pemuda lantas berhenti melepaskan lelah serta berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang.Lantas angin yang bertiup menyamankan lagi suasana ketika itu. Lantas pemuda tersebut menerawang jauh,fikiranya meneka-neka berapa usianya pokok tersebut,sejak dari kecilnya pokok tersebut sudah ada disitu.
Tiba-tiba lamunannya terhenti dikejutkan oleh sesuatu yang gugur dari pokok tersebut.Rupa-rupanya biji benih pokok tersebut. Dia lantas tergesa-gesa pulang setelah cuaca menjadi sedikit redup. Setelah beberapa minggu berlalu, pemuda tadi berteduh lagi di bawah pohon tersebut. Dan dia melihat anak-anak pokok kecil mulai tumbuh di bawah pokok tersebut. Lalu dia teringat pada biji benih pokok tersebut yang gugur beberapa minggu lalu.
Ada anak-anak pokok yang kehijauan dan ada pula yang kekuning-kuningan.Ada yang tinggi dan ada pula yang rendah. Fahamlah pemuda tersebut bahawa yang tinggi dan hijau itu adalah anak-anak pokok yang mendapat cukup cahaya dan air. Dan sebaliknya bagi anak-anak pokok yang rendah dan kekuning-kuningan.Begitu cekal perjuangan anak-anak pokok ini.
Hari silih berganti, beberapa tahun lamanya pemuda tadi pulang ke kampung setelah menetap di bandar. Hari itu adalah hari perkahwinan adiknya. Dia melihat beberapa pemuda sedang menebang pokok tersebut untuk dijadikan kayu api bagi aktiviti memasak kenduri tersebut.
Lalu terlintas di benaknya, betapa cekalnya hayat sebatang pokok ini,sedari kecilnya berusaha untuk membesar dan menjadi tempat berteduh kepada manusia selain unggas dan anak-anak pokok yang lain. Pada akhir hayatnya masih lagi membakar diri untuk kepentingan orang lain.
Adakah kita secekal sebatang pokok?Mengabdikan seluruh kehidupannya untuk makhluk-makhluk yang lain di atas muka bumi.
"Dari hidup berbingkai cermin,lebih baik mati berkalang tanah"

No comments:
Post a Comment