3 hari lepas aku telah dihubungi oleh Saudara Mohd Faizal Salleh (9506@ abang Faizal) menyampaikan warkah cabaran dari Ledang. Beliau yang juga Pengerusi Gpms Negeri Selangor telah menjemput warga GPMS Caw Khas UniKL-MICET berjumlah 20 orang untuk bersama-sama turut serta dalam ekspidisi anak ledang (17hb-21hb disember) pada kali ini bersama-sama GPMS Caw Khas Unisel serta UPM.
Impian untuk melebarkan komuniti anak-anak ledang di bumi UniKL-MICET hampir menjadi kenyataan.Objektif utama operasi anak ledang adalah melahirkan pelajar-pelajar melayu yang sedar akan tanggungjawab serta survival perjuangan bangsa Melayu.Membuka pemikiran serta mencungkil keyakinan diri peserta-peserta sebagai persediaan menjadi pewaris kepada perjuangan generasi-generasi terdahulu selain membina kempimpinan dalam diri sendiri.
Di bumi UniKL-MICET aku mengharapkan 20 orang peserta ini akan menerajui serta menjadi nadi utama dalam menggerakkan hala tuju perjalanan GPMS Caw Khas UniKL-MICET. Aku melihat potensi yang ada pada beberapa individu yang mampu membawa perubahan khasnya dalam perjalanan serta aliran pemikiran pelajar-pelajar melayu di sini.
Setelah hampir setahun tertangguh, besar harapan pada kali ini agar impian menjadi suatu realiti. Agar generasi anak ledang menjadi suatu permulaan kepada langkah yang seterusnya.
Adakah semua ini dapat direalisasikan?jawapannya ada pada pelajar-pelajar disini.Aku tidak akan memaksa, aku tidak akan menyuruh,biar segalanya datang dengan sendiri.
Aku akan terus berusaha untuk sesuatu yang lebih baik bagi pelajar-pelajar Melayu di bumi UniKL-MICET. Kerana aku sedar maju-mundur,kaya-miskin,hina-mulianya bangsa melayu itu terletak ditangan aku sendiri.
Anak Ledang 2***

No comments:
Post a Comment