Monday, January 18, 2010

"KEM PENERAJU WARISAN-Eksplorasi Gunung Ledang 1"

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UniKL-MICET telah melangkah setapak lagi dalam usaha mengukuhkan haluan perjalanan organisasi tersebut dengan 15 orang ahlinya telah menyertai "KEM PENERAJU WARISAN-Eksplorasi Gunung Ledang 1" yang telah berlangsung dari 18hb-22hb disember bertempat di Taman Negara Asahan, Gunung Ledang.

"KEM PENERAJU WARISAN" yang dianjurkan bersama oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas Unisel, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Shah Alam serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Selangor. Program yang berlangsung selama 5 hari empat malam itu turut disertai oleh 30 orang pelajar GPMS Cawangan Unisel.

Turut menghadirkan diri sepanjang program tersebut berlansung adalah mantan Yang Dipertua GPMS Cawangan Shah Alam, Saudara Amer Hamzah B. Ismail, Pengerusi GPMS Negeri Selangor, saudara Mohd Faizal B. Mohd Salleh serta veteren GPMS yang telah banyak menyumbangkan bakti kepada GPMS, saudara Dzulkifli B. Mohd Shariff yang telah terbang pulang dari Jepun bagi menjayakan program tersebut.

"KEM PENERAJU WARISAN" dilihat sebagai program perkaderan terbaik bagi melahirkan barisan pelajar-pelajar melayu yang berketrampilan,berfikiran diluar jangkauan serta berani bersuara bagi bagi mempertahankan serta memperjuangkan matlamat sebenar GPMS.

"BELAJAR TERUS BELAJAR"

Anak Ledang 2444

Friday, December 11, 2009

Ketuanan Melayu Dicabar Lagi!


KEPADA: YANG BERHORMAT M. KULASEGARAN
AHLI PARLIMEN IPOH BARAT

DARIPADA: GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

MEMBANTAH KENYATAAN MEMPERSOAL KETUANAN MELAYU DAN MENDESAK PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA

PENDAHULUAN:
MEMORANDUM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTAH TINDAKAN YB M. KULASEGARAN YANG MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA DI MEDIA DENGAN MEMPERSOALKAN KETUANAN MELAYU DAN MENUNTUT AGAR KONSEP KETUANAN MELAYU DIHAPUSKAN ATAS ALASAN KONONNYA BIMBANG TENTANG HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA.
GPMS IALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG DITUBUHKAN SEMENJAK TAHUN 1948 BAGI MENJAGA KEPENTINGAN PENDIDIKAN MELAYU DAN MARUAH ORANG MELAYU SEBAGAI PENDUDUK ASAL DI NEGARA INI. PERJUANGAN GPMS ADALAH BERDASARKAN PRINSIP NON PARTISAN.

TUNTUTAN:
KAMI MENGAMBIL KETEGASAN DAN INISIATIF INI UNTUK MEMBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN YB M. KULASEGARAN YANG DISOKONG OLEH PARTI DAP ATAU MANA-MANA PIHAK YANG MEMPERSOALKAN KETUANAN MELAYU ATAS APA JUA ALASAN.
DALAM KES INI, KAMI MENDESAK AGAR PIHAK YB MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN MEMPELAJARI, MEMAHAMI DAN MENERIMA KONSEP KETUANAN MELAYU YANG TELAH BERJAYA MEMBINA NEGARA MALAYSIA SELAMA 53 TAHUN. TUNTUTAN KAMI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. KAMI MENUNTUT AGAR PIHAK YB M. KULASEGARAN SERTA PARTI DAP MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA ORANG-ORANG MELAYU SECARA KHASNYA SERTA KEPADA RAKYAT MALAYSIA SECARA AMNYA. INI KERANA KENYATAAN MENENTANG KETUANAN MELAYU TELAH MENGGURIS HATI ORANG-ORANG MELAYU SECARA SERIUS DAN MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG-ORANG MELAYU.

2. KONSEP KETUANAN MELAYU BUKANLAH BERERTI MENIDAKKAN HAK SERTA MENINDAS KAUM LAIN SEPERTI YANG DIDAKWA YB M. KULASEGARAN. SECARA LANGSUNG, KENYATAAN TERSEBUT ADALAH FITNAH DAN MENYELEWENG SERTA MENGAKIBATKAN SALAH FAHAM TENTANG KONSEP KETUANAN MELAYU. KENYATAAN TERSEBUT JUGA BERBENTUK HASUTAN KERANA IA SECARA LANGSUNG MENGGALAKKAN ORANG-ORANG BUKAN MELAYU BERTINDAK MENENTANG KETUANAN MELAYU.

3. KAMI MENDESAK PIHAK YB UNTUK MEMPELAJARI SERTA MEMAHAMI KONSEP KETUANAN MELAYU SEBELUM MEMBUAT APA-APA KENYATAAN TENTANG KETUANAN MELAYU.

4. KAMI MENDESAK AGAR PIHAK YB SERTA PARTI DAP AGAR TIDAK BERSIKAP KURANG AJAR DENGAN MEMBUAT KENYATAAN YANG MEMPERSOALKAN KONSEP KETUANAN MELAYU, HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU, AGAMA ISLAM SERTA APA-APA PERKARA YANG BOLEH MENGGANGGU-GUGAT KESEJAHTERAAN SERTA KEHARMONIAN KAUM DI NEGARA INI.

5. KAMI MENYOKONG USAHA UNTUK MENJAMIN SERTA MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA DENGAN SYARAT KONSEP KETUANAN MELAYU TIDAK DI GANGGU GUGAT DAN SENTIASA DIHORMATI OLEH SEMUA PIHAK KERANA KONSEP KETUANAN MELAYU ADALAH PERKARA ASAS DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG AMAN SERTA HARMONI DI MALAYSIA.

6. KAMI MENEGASKAN BAHAWA TINDAKAN MEMPERSOALKAN KONSEP KETUANAN MELAYU YANG TELAH DILAKUKAN PIHAK YB ADALAH BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG DIBAWAH AKTA HASUTAN, SEKSYEN 3(1)(e) DAN SEKSYEN 3(1)(f) DIMANA PERBUATAN YB SEPERTI YANG TERSEBUT DIATAS ADALAH MEMPERSOALKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU (PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN) SECARA LANGSUNG DAN MAMPU MENGEMBANGKAN PERASAAN PERMUSUHAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA. SABIT KESALAHAN KALI PERTAMA, PESALAH BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA, SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM SEKSYEN 4(1) AKTA HASUTAN.

7. KAMI TEGASKAN BAHAWA KONSEP KETUANAN MELAYU ADALAH SELARI DENGAN PERLEMBAGAAN SEPERTI TERTAKLUK DALAM PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN TIDAK BERCANGGAH DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA. SEBAGAI SEORANG AHLI PARLIMEN, YB PERLU TAHU BAHAWA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ADALAH UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA DAN WAJIB DIIKUTI DAN DIHORMATI.

8. JIKA PIHAK YB MASIH TERUS MEMPERSOAL KETUANAN MELAYU DAN ENGGAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA, KAMI AKAN MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN YANG DIFIKIRKAN PERLU UNTUK MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU.

Monday, November 23, 2009

PAT GPMS KE-55

Pada 20-22hb november yang lalu bertempat di Dewan Seri Budiman Uitm Malaysia telah berlangsungnya Persidangan Agung Tahunan GPMS yang ke-55. Pada persidangan kali ini turut dijalankan pemilihan kepimpinan tertinggi untuk penggal yang seterusnya.Walaupun persidangan berlangsung dengan lancar,tetapi masih dicemari budaya berpuak-puak dan lobi-melobi.

Sangat mengecewakan disaat nasib orang melayu makin tergadai, GPMS makin tercarik oleh sikap segelintir yang kemarukkan jawatan. GPMS sepatutnya menjadi senjata terakhir bagi memperjuangkan nasib orang-orang melayu.

Dato Shuhaimi Ibrahim dalam slot ucapan isu 1Malaysia menegaskan peranan GPMS dalam bersuara lantang terhadap isu-isu yang dituntut oleh kaum bukan melayu merupakan jalan terakhir bagi kerajaan menolak tuntutan golongan ini. "Kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa andai orang melayu tidak bersuara,tidak menentang. Adalah menjadi tanggungjawab kita di GPMS melawan habis-habisan hingga titisan darah yang terakhir bagi membela nasib bangsa melayu", disusuli tepukan gemuruh para perwakilan persidangan

Diharap pemilihan kepimpinan tertinggi yang baru mampu menggalas dan menjernihkan kembali perjuangan GPMS seiring dengan situasi semasa. Isu perpaduan di dalam GPMS juga adalah isu utama, supaya semua kepimpinan diperingkat cawangan dan negeri mampu bergerak seiring.

Sebagai entiti kecil GPMS, UniKL-MICET berharap kepimpinan kebangsaan,negeri mahupun peringkat cawangan mengenepikan fahaman atau aliran berpuak-puak. Isu sebenar bukanlah GPMS dipengaruhi parti politik seperti UMNO, tetapi budaya politik yang dimainkan seperti UMNO semakin menular di dalam GPMS sendiri yang menimbulkan perpecahan dan politik dalaman.

Selaku wakil Cawangan Khas UniKL-MICET, peluang menghadiri PAT pada kali ini yang berlangsung di Uitm adalah terlalu bermakna bila mana berpeluang bertemu dengan para senior dan junior GPMS Selangor dan GPMS Cawangan Khas Uitm Malaysia yang masih meneruskan perjuangan di sana. Masih ada golongan-golongan di dalam GPMS ini yang terus berjuang tanpa menghiraukan soal jawatan yang dipertandingkan. Golongan-golongan ini menjadi contoh dan teladan agar GPMS Cawangan Khas UniKL-MICET yang baru setahun jagung supaya tidak terkeluar dari landasan perjuangan asal GPMS.

Budaya dan jalinan persahabatan ini akan dilebarkan ke Cawangan Khas UniKL-MICET melalui program Ekspedisi Rakan Alam pada Disember nanti. Diharap komuniti kecil dari Cawangan Khas UniKL-MICET mampu membuktikan sesuatu.Jangan hanya tahu mendendangkan lagu "Anak Kecil Main Api" tetapi hayatilah lagu itu sepenuhnya. Jangan bumi melayu yang kita miliki ini tergadai kepada kaum cina dan india,airmata darah sekalipun tidak mampu menebusnya kembali. "Hidup GPMS Perkasalah Bangsa Melayu"

Anak Ledang 2***

Friday, November 13, 2009

"Brotherhood Night"

"Sedar-akan perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar melayu".

Tarikh : 13 November 2009.
Tempat : Pantai Puteri, Melaka Bersejarah.

Malam ini untuk kesekian kalinya majlis bersejarah yang hampir 5 tahun menjadi tradisi pemain-pemain ragbi UniKL-MICET akan dihadiri hampir 45 orang termasuk pemain dan ahli kelab yang selama ini menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung. Aku mengharapkan majlis ini akan menjadi satu tradisi yang berterusan sebagai wadah mengeratkan perhubungan dikalangan pemain dan bekas pemain ragbi UniKL-MICET.

Benih-benih kasih sayang mulai bercambah dikalangan pemain-pemain dan ahli kelab ragbi UniKL-MICET. Dan besar harapan pada aku untuk melihat generasi-generasi baru disini, menghayati serta menjiwai semangat dan hasrat untuk terus menabur bakti dan kasih sayang terhadap kelab ragbi malah institusi UniKL-MICET. Dan aku akan terus bersama, menyampaikan pesanan generasi-generasi terdahulu untuk terus menjadi kesinambungan dalam diri dan jiwa generasi-generasi muda melayu.

Tahniah dan terima kasih buat semua "Brotherhood".






Saturday, October 31, 2009

Anak Kecil Main Api

Anak kecil Main Api


Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Friday, October 30, 2009

Umat Islam Dan Halloween

KHUTBAH JUMAAT 53 – 2 NOVEMBER 2007
HALLOWEEN : DI MANA UMAT ISLAM

Taqdim

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Saya menasihati diri sendiri dan menyeru kepada saudaraku muslimin, marilah kita bertaqwa kepada Allah, dengan meletakkan matlamat kehidupan ini hanya untuk Allah, menjadikan budaya kehidupan ini dengan keseronokan beribadah, melepasi cabaran hidup ini dengan menjauhi kesalahan, serta saling nasihat menasihati dan Bantu membantu antara saudara seislam setiap masa.

Sidang jumaat yang dikasihi

Dua hari yang lalu, acara tahunan Halloween kembali. Sama ada ianya diraikan oleh penganut Kristian, atau ianya telah diserap ke dalam budaya benua dan bangsa lainnya, aktiviti yang bermula asalnya di kepulauan utara Britain ini perlu dianggap sebagai bahan diskusi yang perlu untuk dibuat panduan, agar ianya menjadi amal jariah kita buat generasi muda, anak-anak dan seterusnya, sama ada kita ini dapat bersama sezaman dengan mereka atau pun tidak. Di Edinburgh, satu festival besar-besaran di adakan, mengumpulkan 200 orang professor dari pelbagai universiti, bertujuan memaparkan pada masyarakat riwayat sebenar Halloween, pengisian dan rasional mengapa ianya mesti diteruskan dan dipertahankan dalam kepercayaan mereka. Perbahasan yang memakan masa dua hari itu menampilkan ciri komersial perayaan ini yang disifatkan mengaut keuntungan berjuta. Data konsortium Ritel England menyatakan bahawa perbelanjaan merangka dan mengendalikan pesta ini meningkat sebanyak USD 228 juta. Fran Ota dari Persatuan Gereja Glen Ayr di Scarborough, Ontario, Canada menyatakan bahawa semua perayaan Kristian memiliki latar belakang penyembahan berhala. Ini sesuatu yang kita harus fikirkan untuk menjadikan golongan muda dan anak-anak kita untuk melihat perayaan hari-hari kebesaran Islam sebagai sesuatu yang ada ciri komersial, menarik dan penuh dengan pelbagai ruang diskusi. Di pihak kita, umat Islam masih tidak dapat akur dengan pendapat yang sama dalam persediaan menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri, serta pelbagai isu berkaitan. Alangkah baiknya jika sambutan Ihya’ Ramadhan dan keceriaan Syawwal ditambah dengan pelbagai aspek komersial, dengan keterlibatan pelbagai pihak korporat, agar generasi muda mampu menanggap bahawa perayaan di dalam Islam adalah lebih menarik dan bermakna.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Apabila kita diajukan soalan oleh anak-anak tentang Halloween, apakah yang boleh kita lakukan? Kita seharusnya secara berhikmah perlu menerangkan kepada mereka mengapa ianya tidak ada dalam Islam, sejarah dan asal usulnya, kaitannya dengan kepercayaan dan teologi, serta kesannya pada pembentukan akal dan hati. Ajarkan kepada mereka tentang kegembiraan dan keseronokan Aidlfitri dan Aidil Adha. Kita seharusnya mempunyai informasi lengkap tentang asal usul dan rasional dua hari perayaan Islam ini. Di UK ini, kita akur bahawa keharmonian dan suasana pembudayaan ilmu anak-anak kita di sekolah perlu sentiasa disuburkan. Kefahaman dan kesefahaman akan menimbulkan perasaan hormat menghormati sesama agama dan ianya sesuatu yang tidak mustahil dilakukan. Pendirian islam dalam soal perayaan tidak seharusnya dijadikan isu dan dakwaan bahawa kita menolak integrasi antara kaum, bangsa dan agama. Isunya ialah, jika sesuatu agama mampu memperuntukkan masa, tenaga dan kewangan untuk memastikan ianya disambut dan difahami oleh anak-anak mereka generasi muda, maka mengapa tidak ibu bapa muslim berusaha bagi memastikan anak-anak mereka memahami dan bakal menyambung kegembiraan meraikan hari-hari kebesaran Islam. Bagaimana mungkin kita meletakkan rasa bangga di hati mereka untuk meraikan hari-hari kebesaran Islam, andai kita tidak mampu menyatakan dan berkongsi kerasionalan sesuatu tindakan dan amalan.


Barakallu li walakum

Mohd Erfino Johari
erfino@masduke.net

Wednesday, October 28, 2009

Sebatang Pokok

Petang itu panasnya terik, seorang pemuda lantas berhenti melepaskan lelah serta berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang.Lantas angin yang bertiup menyamankan lagi suasana ketika itu. Lantas pemuda tersebut menerawang jauh,fikiranya meneka-neka berapa usianya pokok tersebut,sejak dari kecilnya pokok tersebut sudah ada disitu.

Tiba-tiba lamunannya terhenti dikejutkan oleh sesuatu yang gugur dari pokok tersebut.Rupa-rupanya biji benih pokok tersebut. Dia lantas tergesa-gesa pulang setelah cuaca menjadi sedikit redup. Setelah beberapa minggu berlalu, pemuda tadi berteduh lagi di bawah pohon tersebut. Dan dia melihat anak-anak pokok kecil mulai tumbuh di bawah pokok tersebut. Lalu dia teringat pada biji benih pokok tersebut yang gugur beberapa minggu lalu.

Ada anak-anak pokok yang kehijauan dan ada pula yang kekuning-kuningan.Ada yang tinggi dan ada pula yang rendah. Fahamlah pemuda tersebut bahawa yang tinggi dan hijau itu adalah anak-anak pokok yang mendapat cukup cahaya dan air. Dan sebaliknya bagi anak-anak pokok yang rendah dan kekuning-kuningan.Begitu cekal perjuangan anak-anak pokok ini.

Hari silih berganti, beberapa tahun lamanya pemuda tadi pulang ke kampung setelah menetap di bandar. Hari itu adalah hari perkahwinan adiknya. Dia melihat beberapa pemuda sedang menebang pokok tersebut untuk dijadikan kayu api bagi aktiviti memasak kenduri tersebut.

Lalu terlintas di benaknya, betapa cekalnya hayat sebatang pokok ini,sedari kecilnya berusaha untuk membesar dan menjadi tempat berteduh kepada manusia selain unggas dan anak-anak pokok yang lain. Pada akhir hayatnya masih lagi membakar diri untuk kepentingan orang lain.

Adakah kita secekal sebatang pokok?Mengabdikan seluruh kehidupannya untuk makhluk-makhluk yang lain di atas muka bumi.

"Dari hidup berbingkai cermin,lebih baik mati berkalang tanah"