Monday, November 23, 2009

PAT GPMS KE-55

Pada 20-22hb november yang lalu bertempat di Dewan Seri Budiman Uitm Malaysia telah berlangsungnya Persidangan Agung Tahunan GPMS yang ke-55. Pada persidangan kali ini turut dijalankan pemilihan kepimpinan tertinggi untuk penggal yang seterusnya.Walaupun persidangan berlangsung dengan lancar,tetapi masih dicemari budaya berpuak-puak dan lobi-melobi.

Sangat mengecewakan disaat nasib orang melayu makin tergadai, GPMS makin tercarik oleh sikap segelintir yang kemarukkan jawatan. GPMS sepatutnya menjadi senjata terakhir bagi memperjuangkan nasib orang-orang melayu.

Dato Shuhaimi Ibrahim dalam slot ucapan isu 1Malaysia menegaskan peranan GPMS dalam bersuara lantang terhadap isu-isu yang dituntut oleh kaum bukan melayu merupakan jalan terakhir bagi kerajaan menolak tuntutan golongan ini. "Kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa andai orang melayu tidak bersuara,tidak menentang. Adalah menjadi tanggungjawab kita di GPMS melawan habis-habisan hingga titisan darah yang terakhir bagi membela nasib bangsa melayu", disusuli tepukan gemuruh para perwakilan persidangan

Diharap pemilihan kepimpinan tertinggi yang baru mampu menggalas dan menjernihkan kembali perjuangan GPMS seiring dengan situasi semasa. Isu perpaduan di dalam GPMS juga adalah isu utama, supaya semua kepimpinan diperingkat cawangan dan negeri mampu bergerak seiring.

Sebagai entiti kecil GPMS, UniKL-MICET berharap kepimpinan kebangsaan,negeri mahupun peringkat cawangan mengenepikan fahaman atau aliran berpuak-puak. Isu sebenar bukanlah GPMS dipengaruhi parti politik seperti UMNO, tetapi budaya politik yang dimainkan seperti UMNO semakin menular di dalam GPMS sendiri yang menimbulkan perpecahan dan politik dalaman.

Selaku wakil Cawangan Khas UniKL-MICET, peluang menghadiri PAT pada kali ini yang berlangsung di Uitm adalah terlalu bermakna bila mana berpeluang bertemu dengan para senior dan junior GPMS Selangor dan GPMS Cawangan Khas Uitm Malaysia yang masih meneruskan perjuangan di sana. Masih ada golongan-golongan di dalam GPMS ini yang terus berjuang tanpa menghiraukan soal jawatan yang dipertandingkan. Golongan-golongan ini menjadi contoh dan teladan agar GPMS Cawangan Khas UniKL-MICET yang baru setahun jagung supaya tidak terkeluar dari landasan perjuangan asal GPMS.

Budaya dan jalinan persahabatan ini akan dilebarkan ke Cawangan Khas UniKL-MICET melalui program Ekspedisi Rakan Alam pada Disember nanti. Diharap komuniti kecil dari Cawangan Khas UniKL-MICET mampu membuktikan sesuatu.Jangan hanya tahu mendendangkan lagu "Anak Kecil Main Api" tetapi hayatilah lagu itu sepenuhnya. Jangan bumi melayu yang kita miliki ini tergadai kepada kaum cina dan india,airmata darah sekalipun tidak mampu menebusnya kembali. "Hidup GPMS Perkasalah Bangsa Melayu"

Anak Ledang 2***

Friday, November 13, 2009

"Brotherhood Night"

"Sedar-akan perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar melayu".

Tarikh : 13 November 2009.
Tempat : Pantai Puteri, Melaka Bersejarah.

Malam ini untuk kesekian kalinya majlis bersejarah yang hampir 5 tahun menjadi tradisi pemain-pemain ragbi UniKL-MICET akan dihadiri hampir 45 orang termasuk pemain dan ahli kelab yang selama ini menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung. Aku mengharapkan majlis ini akan menjadi satu tradisi yang berterusan sebagai wadah mengeratkan perhubungan dikalangan pemain dan bekas pemain ragbi UniKL-MICET.

Benih-benih kasih sayang mulai bercambah dikalangan pemain-pemain dan ahli kelab ragbi UniKL-MICET. Dan besar harapan pada aku untuk melihat generasi-generasi baru disini, menghayati serta menjiwai semangat dan hasrat untuk terus menabur bakti dan kasih sayang terhadap kelab ragbi malah institusi UniKL-MICET. Dan aku akan terus bersama, menyampaikan pesanan generasi-generasi terdahulu untuk terus menjadi kesinambungan dalam diri dan jiwa generasi-generasi muda melayu.

Tahniah dan terima kasih buat semua "Brotherhood".